Cari

16 Oktober 2011

Rantai Makanan








1. Berdasarkan Rajah diatas
a. Tumbuhan membuat makanan sendiri dengan bantuan cahaya Matahari.
b. Tumbuhan dimakan oleh ulat beluncas(herbivor)
c. beluncas dimakan pula oleh burung
2. Hubungan makanan itu boleh digambarkan seperti berikut:


a. Kebanyakan rantai makanan bermula demgan tumbuhan hijau.
b. Tumbuhan hijau dikenali sebagai pengeluar kerana tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri melalui fotosintesis.
c. Haiwan seperti beluncas dan burung tidak boleh membuat makanan sendiri. Haiwan-haiwan ini memperolehi makanan daripada tumbuhan atau haiwan lain. Haiwan-haiwan ini dikenali sebagai pengguna; mereka menggunakan organisma lain.

3. Daripada satu rantai makanan, terdapat beberapa peringkat pengguna.
a. Pengguna pertama (pengguna primer) ialah haiwan yang makan tumbuhan sahaja (herbivor atau omnivor)
b. Pengguna kedua (Pengguna sekunder) ialah haiwan yang makan pengguna pertama. Pengguna kedua termasuklah karnivor atau omnivor.
c. Pengguna ketiga(Pengguna tertier)ialah haiwan yang makan pengguna kedua. Pengguna ketiga termasuklah karnivor atau omnivor.
4. Ringkasnya, satu rantai makanan digambarkan seperti berikut


5. Contoh rantai makanan yang lain adalah seperti berikut.




Food Chain

Tiada ulasan: